Skip to main content

Pengujian Sistem Aplikasi

Pengujian sistem aplikasi bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada kebolehan sistem memenuhi semua keperluan pelanggan.

Penyediaan Perancangan Pengujian
Perancangan ini dilaksanakan oleh ketua penguji dan merangkumi beberapa tugas iaitu :
a.  Mengenalpasti objektif pengujian
b.  Menentukan skop pengujian.
c.  Menentukan pendekatan pengujian.
d.  Menentukan sumber-sumber pengujian.
e. Melaksanakan polisi dan strategi pengujian.
f.  Menentukan jadual tugas penguji.
g.  Menentukan jadual pengujian sistem.
h.  Menentukan masa mula dan tamat pengujian.

Kemudahan pengujian
Kemudahan pengujian yabg lengkap perlu mengandungi beberapa item yang dapat menyokong proses pengujian seperti :
1. Sistem, web,  apps,  atau aplikasi yang ingin diuji.
2. Perkakasan
3. Perisian
4. Pelayan pangkalan data - mysqli,  mysql
5. Pelayar web - internet explorer,  mozilla
6. Sistem pengoperasian - Windows Xp,  Vista,  10
7. Rangkaian - Wifi, cable
8. Dokumentasi

Pihak yang terlibat untuk konfigurasi persekitaran pengujian juga terbahagi kepada :
1. Pembangun sistem
2. Penguji
3. Sistem admin
4. Pengguna

Pelayan perlu disiapkan bagi menguji pelayan seperti Apache,  Java,  Php dan Oracle. Antara perisian yang terlibat biasanya adalah Java SDK,  Microsoft Virtual Studio dan emulator  sumber terbuka bagi OS seperti Ubuntu dan Linux.

Koordinasi kerja
Koordinasi kerja bagi pengujian bersifat formal, bermakna,  ia mempunyai hirarki dan tugas-tugas tertentu. Mereka bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing mengikut fasa pembangunan.  Antaranya adalah :
a.  Jurutera perisian
b.  Jurutera keperluan
c.  Jurutera rekabentuk
d.  Jurutera UX
e.  Jurutera system


Semoga bermanfaat 🎉

Comments