Software testing merupakan salah satu proses dalam SDLC. Ia sangat penting bagi memastikan sistem yang dibina dapat berjalan dengan lancar.
Objektif Software Testing :
- Mencari kesalahan atau pepijat(bugs) di dalam sistem yang disebabkan oleh pembangun sistem.
- Meningkatkan kebolehpercayaan sistem dari segi kualiti.
- Untuk mengelakkan kecacatan sistem.
- Untuk memastikan produk dihasilkan mengikut kehendak pengguna.
- Untuk meningkatkan aras keyakinan pengguna dengan memberkan sistem berkualiti.
Faktor Kegagalan Sistem :
- Pepijat (bugs) yang wujud dalam atur cara.
- Kesilapan (error) yang berlaku apabila pembangun tidak memahami kehendak sistem.
Prinsip Pengujian Sistem :
- Pengujian sistem bertujuan untuk membuktikan kewujudan kecacatan sistem.
- Pengujian secara menyeluruh adalah hampir mustahil.
- Pengujian dilakukan seawal semasa pengumpulan keperluan pengguna.
- Kecacatan sistem yang berulang perlu diuji dengan menggunakan kes pengujian (test case) yang berlainan.
- Cara pengujian sistem adalah mengikut jenis-jenis sistem.
Semoga bermanfaat🙆🙆💪
Comments
Post a Comment